Salam diucpkan pembuka bicara~
hai kawan2! rindue nyer~ daa lme x post!
kawan2 daa siap kerja kursus???
saya daa siap~<---bkn nk kerek tp boley laa~
not bad jgk kn kerja kursus PMR thn ny!
pening pale sye nk wat!
Any way**
ny ad skit sye nk share~*___#
skit daripada Blog Cikgu Razak~
kerja kursus sejarah - elemen 3
- TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?
Pelancaran
kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan
komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat
mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam
suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat
dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini
bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan
perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara
ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia
bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting
menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya
tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara
Rakyat
negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan
elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan
keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia
sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan
serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari
dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah
tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar.
Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk
luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara
kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara
mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara
ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa
bentuk masyarakat yang bersatu padu
Sebagai
negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan
mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba
masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar.
Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk
luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara
kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita
perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak
menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan
tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya
membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal
kualiti dan standard barangan sendiri.
Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.
Sebut
saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta,
kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan
keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar
negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa
dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri
pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian,
pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi
produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.
Yang
penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang
kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan
mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka
selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.
Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.